Memaparkan catatan dengan label gig. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gig. Papar semua catatan

Ahad, 27 Oktober 2013

Deadly Rhythm

2 November 2013. Kami bakal sekali lagi menganjurkan gig yang dinamakan  'Deadly Rhythm' di Seventh Heaven Studio .

Buku Jalanan turut dijemput bersama memeriahkan acara pada hari tersebut. Band yang bakal memberikan persembahan mantap buat anda di Deadly Rhythm nanti ialah...

- Hurricane, Berantakan, Virginia On Duty, A Lot Like Turd, Johny Comes Lately, loch dan Kebulur.

T-shirt gildan bersempena Deadly Rhythm awal bulan ini juga di buka untuk tempahan. Kalau berminat boleh contact Syukri Malik di Facebook atau page Minority Trace Community sendiri. Anda pasti bakal lebih bergaya di hari tersebut. Yeahh..

Mari lah datang beramai-ramai memeriahkan lagi dentuman bunga api Deepavali pada hari itu. 

-Seventh Heaven Studio Tampin Square Tampin

-RM 15
-2November2013 Sabtu.



Ahad, 29 September 2013

Fukk Bar Culture Tour 2013 (Tampin)

Fukk Bar Culture Tour 2013 bakal singgah di Seventh Heaven Studio Tampin. Fukk Bar Culture daripada Bandung Indonesia bakal menggegak gempita kan jumaat malam anda pada 4 Oktober ini(Jumaat)...

Acara bakal dimulakan pada jam 8 malam di pentas Seventh Heaven Studio Tampin. Masuk hanya RM 7 setiap seorang.

Acara bakal dimulakan oleh 3 band tempatan yang tidak kurang hebatnya iaitu Hurricane, Annemary dan John McBaren.

Mari datang beramai-ramai..Meriah kan jumaat malam anda yang membosankan. Yeahhhh!!

Acara ini dianjurkan oleh..Minority Trace Community..