Rabu, 29 Jun 2011

This Is For The Heart Still Beating , The Reunion of Devilica , The Tour and The Story.


Pada tahun 2008 , Al Razly atau Ateng dan aku lebih gemar menulis nama beliau sebagai Jeneral Myhem telah mengumumkan bubarnya Devilica di dalam MySpace mereka. Kemudian pada tahun 2009 , mereka dijemput untuk mengadakan Last Show untuk gig Sakit Kepala fest di MCPA,Jln. Datuk Maharajalela,K.L. Ramai yang hadir memenuhi hall tersebut bagi melihat detik-detik terakhir mendengar getaran-getaran dan dentuman-dentuman dahsyat yang dikenali ramai. Lagu The Last Song menjadi 'the last song' untuk slot mereka pada hari itu .Selepas daripada itu, lagu-lagu mereka hanya dapat didengari melalui MP3 dan alat pemain muzik yang lain sahaja.

Pada tahun 2010 di Tampin, Seventh Heavent Studio telah membuka 'gig's hall' dengan peralatan yang sangat terbaik dan 1st gig telah dianjurkan oleh Freak Music . Maka berlalulah tahun tersebut dengan event-event yang membawa banyak band dalam dan luar negara seperti Australia , Jepun, Singapura dan Eropah. Melihat kehangatan itu maka hadirlah band-band baru di Tampin seperti Throw ma,Sermonize dan Red Bullet yang akhirnya menarik minat ramai teman-teman sepermainan mereka untuk melayan scene underground ini lalu mereka bersama-sama pergi memeriahkan hall di Seventh Heaven. Melihat keadaan itu maka terlahirlah komuniti bagi menampakkan keramaian anak-anak remaja Hardcore di Pekan Tampin ini. Sekitar akhir tahun 2010, barulah terlihat akan masih ramainya anak-anak remaja yang masih meminati aliran muzik Hardcore di Tampin yang disangka sudah pupus apabila bubarnya Devilica dan tutupnya Studio Giga setahun sebelum bukanya kembali studio jamming oleh Seventh Heaven Studio pada akhir tahun 2008.
Ia akhirnya menjadi perhatian , lalu seperti sudah diceritakan apabila Jeneral Myhem menyarankan kepada aku untuk menubuhkan komuniti. Begitulah akhirnya, kami terasa semakin rapat dengan abang-abang tersebut  seperti Abg. Malik,Abg. Razak dan tuan punya studio iaitu Abg. Madi melalui teguran membina mereka tidak kira daripada muzik,attitude atau selainnya.


A.L.I.C.E
Kini tahun 2011 dan sudah pun melepasi pertengahan tahun yang telah berlalunya hari-hari yang memberi impak ke atas kami semua. Merasa susah payah mengacarakan gig, menjadi crew ,membuat persiapan dan sebagainya selain menjadi supporter untuk kawan-kawan yang perform. Maka tibalah bulan Julai , sebuah band daripada Indonesia A.L.I.C.E yang bakal singgah di Seventh Heaven ,Tampin pada 16 Julai ini dalam rangka tour mereka di Malaysia. Sebelum ini, mereka telah pun berhasrat kepada Abg. Malik ,Jeneral Myhem dan lainnya agar membuat reunion untuk Devilica semasa mereka tour Julai ini di Tampin. Devilica yang juga merupakan sahabat kepada mereka sudi memenuhi hasrat besar band tersebut bagi membuat reunion pada 17 Julai ini untuk gig yang di anjurkan oleh Freak Music di Seventh Heaven Studio di Tampin,Negeri Sembilan.

Maka ini adalah show terakhir Devilica yang diadakan di halaman mereka sendiri dan kami yang digelar new generation merasa begitu berbangga sekali apabila bakal menyaksikan mereka nanti dengan lebih dekat dan lebih rapat apabila selama bertahun-tahun kami hanya dapat melihat persembahan mereka dengan hanya menonton video di Youtube dan sebagainya.  

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri :

This Is For The Heart Still Beating- Seventh Heaven Studio ,Tampin ,N.S | 16 JULY 2011|3PM 


Selain reunion oleh Devilica, apa yang istimewanya adalah apabila gig ini juga bersempena rangka tour ke Asia Tenggara oleh band Familyman daripada Jerman dan Atomgevitter daripada Scotland yang kebetulan bertembung dengan jadual tour A.L.I.C.E untuk show di Tampin. Ia juga merupakan debut show oleh band Hurricane. Siapakah Hurricane? Datanglah untuk mengetahuinya. Band yang akan turut memeriahkan gig ini adalah Maddthelin,Memorial,Shallow Dance dan sebuah lagi band tempatan iaitu Channeling Mahatma.






the tour|the reunion|the heartbeat




A.L.I.C.E(Bandung/Indonesia) MALAYSIAN TOUR 2011



Julai ini , bermula 14 haribulan , bertempat di Embrace Hall/ JB , maka bermulalah siri tour yang amat dinanti-nantikan oleh kami semua apabila A.L.I.C.E daripada Bandung/Indonesia bakal menjelajah 5 venue seterusnya di Malaysia iaitu  The Wall /Bt Pahat , Seventh Heaven Studio/Tampin , Equal Studio/Kajang dan seterusnya Kuala Lumpur selang 2 hari berikutnya sedang sejak 14 Julai , show dijadualkan dengan hari berturut-turut sehingga 17 Julai. 
Namun, baru-baru ini terdapat pertukaran venue berlaku di Equal Studio/Kajang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka venue ditukar ke My EVO Club/Pandan Indah. 

Present by: Aliansi Penendang Awan
Brought to you by:
Freak Music|Smile Party Kolektif|Embrace Record|Destroyer Event|Minority Trace Community|Stoneville Record


Selasa, 28 Jun 2011

Aktiviti!! (minor showcase)

Sebelum aku teruskan 'review' ni terlebih dahulu aku selaku penulis tunggal untuk blog ini , ingin menyusun jari memohon maaf kerana tidak banyak post yang memaparkan tentang aktiviti sebenar kami sejak penubuhan komuniti ini awal tahun lalu. 'Tiada masa' itulah alasan yang paling sesuai walaupun alasan sebegitu sudah pun 'klise'.

MINOR SHOWCASE #1 (AYS/TRIANGLE TOUR)

  Kali ini aku ingin memulakan cerita sejak ''1st project'' kami iaitu bagi mengelolakan jelajah Asia Tenggara oleh sebuah band hardcore daripada Jerman , AYS dan bersama-sama Triangle daripada Kuala Lumpur yang dibawa oleh seorang teman bernama 'Kenit' daripada BRNWRCK yang singgah ke Tampin . Event yang diberi nama Minor Showcase #1 telah berlangsung pada 21 April , sekitar jam 9PM walaupun jadual  sebenar adalah pada jam 8PM dan tidak lain itu terjadi adalah atas sebab kelewatan band2 yang datang dari luar Tampin lagi pula gig tersebut berlangsung pada hari Khamis malam. Upacara dimulakan oleh band tempatan yang juga merupakan golongan komuniti ini iaitu Throw Ma dan seperti biasa alunan bertenaga mereka sering membuat hall menjadi 'chaos'. Lalu dikuti oleh alunan yang sama oleh sebuah band daripada UNIKL Alor Gajah yang tanpa segan silu mengiktiraf mereka daripada Tampin iaitu Gelore Nafsu yang kini menukar nama mereka kepada Channeling Mahatma. Kemudian , Corporate Youth dari K.L yang juga berbilang bangsa bak kata anak-anak peribumi Tampin ,dan diikuti oleh EightPointNine dari Melaka sebelum sebuah lagi band tempatan RedBullet mendahului persembahan yang ditunggu-tunggu iaitu Triangle daripada K.L  dan  AYS daripada Jerman dan mereka sangat garang!!
  Pada masa itu, lebih kurang 5 anak-anak dalam komuniti menjadi krew untuk malam itu sedang pentas diacarakan oleh Abg. Amar Husaini Ismail dengan baiknya. Crowd juga tidak kurang hebat nya , circle pit dan slam yang penuh kasih sayang walaupun kadangkala ada yang bertindak agak ganas namun tiada perkara yang tidak dingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar.

MINOR SHOWCASE #2 (DEAD) 


Pada 5 May juga pada malam Khamis , kami masih diberi peluang untuk mengelola gig yang kali ini juga tour oleh sebuah band Stoner/Sludge daripada Australia iaitu DEAD . Tidak banyak aku boleh gambar kan di sini kerana aku tidak dapat hadir pada masa tersebut tetapi menurut khabar, ia tampak sempurna.

MINOR SHOWCASE #3 (A STRENGHT WITHIN)


Kali ini Minor Showcase jatuh pada hari Selasa malam pula dengan sebuah lagi tour oleh satu lagi band daripada EROPAH iaitu A STRENGHT WITHIN . Kali ini hanya 4 band sahaja menyertai pentas Seventh  Heaven Studio selepas Awaken terpaksa membatalkan slot atas sebab tertentu. Gig kali juga membawa Second Combat yang kali terakhir perform di Tampin pada sekitar tahun 2004.
Sejam sebelum bermula kami sempat mengadakan sedikit meeting ringkas bagi penyerahan tugas crew oleh Jeneral Myhem kepada anak-anak komuniti dan sedikit penerangan serta penjelasan.

Bermula kira-kira jam 9:15 malam ,pentas dimulakan oleh band tempatan iaitu Red Bullet .Diikuti Second Combat ,Memorial dan terakhir A Strenght Within. Crowd yang hadir 'boleh tahan' . Pentas diacarakan oleh Shok


Itu adalah ulasan dan kupasan aku tentang 3 siri Minor Showcase .

Isnin, 9 Mei 2011

Minor Showcase #3- A Strengh With In

fliers oleh Jeneral Myhem(Aliansi/Freak Music)
Minor Showcase kembali lagi bersama Freak Music dengan siri-nya yang ke-3 apabila United Front Record membawa A Strenght With In iaitu sebuah band hardcore dari Belgium ke Tampin dalam siri jelajah mereka ke Asia Tenggara.  Second Combat ,Awaken ,Memorial dan band tempatan iaitu Red Bullet bakal mendahului persembahan di Seventh Heaven Studio pada 24 May ini pukul 8 malam dengan bayaran hanya RM10.

Mari ceriakan Selasa malam anda dengan sorakan-sorakan sing-a-long!

Khamis, 5 Mei 2011

Another Sweet Saturday Evening (mini showcase with friends)

.)Akhirnya,kami dapat menyambung hari-hari sabtu kami dengan lebih manis. Sebelum ini kami mengadakan event ala-ala jam session semasa ''Saturday Night Fest'' dan ia tampak berjaya .
Untuk kali ini,kami mengadakan sebuah lagi event pada hari sabtu setelah sebelum ini berlaku pada malam sabtu dan untuk pertama kalinya kami mengadakan event pada hari sabtu setelah sebelum ini bertumpu pada hari biasa sahaja.
Walaupun gig ini dirangka ''last minit'' namun kami berjaya juga atas bantuan Jeneral Myhem menjemput band-band antara yang menjadi kegilaan bagi anak-anak Tampin.

Antara band-band yang bakal mengisi masa-masa petang sabtu kami sambil meraikan Adek[vokalis Throw-ma] dan beberapa teman lain yang bakal menggundul rambut untuk PLKN serta beberapa teman lain yang akan berangkat belajar ialah:

QUANTIS,THROW-MA,VIRGINIA ON DUTY,THE GREAT LSDONE,TOWARD NOVEMBER,CHANNELING MAHATMA.

14mAy2o11/SABTU/3pm/RM10
SEVENTH HEAVEN STUDIO TAMPIN SQUARE TAMPIN NEGERI SEMBILAN.

SATURDAY NIGHT TO SATURDAY EVENING!!!

Selasa, 26 April 2011

Minor Showcase #2

Event seterusnya yang bakal berlangsung pada 5th May 2011 jam 8pm dan tentu sekali Seventh Heaven Studio menjadi venue .Toward November,Urughai ,White Dress Murder,The Forest Whisper My Name dan Foire bakal mengiringi Dead daripada Melbourne Australia.

Bersama sosok tampan Abg Amar(Freak Music) gig ini boleh dilayani dengan harga tiket semahal RM8.

Organizing and supporting

Saturday Night Fest dan Minor Showcase# 1 telah berjaya kami anjurkan dengan jayanya. Begitu juga aktiviti tambahan kami membantu Shock and Awe 3 dari segi tenaga kerja bantuan telah menguatkan matlamat kami sebagai penganjur dan penyokong scene atau event-event di Tampin khususnya Seventh Heaven Studio yang merupakan tempat kami menyumbangkan tenaga. Secara kasarnya kami berjaya dengan pendirian kami untuk mengenepikan untung rugi bagi dana penganjuran bagi suatu aktiviti seperti gig untuk permulaan ini.

Walaupun rata-rata dari kami merupakan murid-murid sekolah namun, tiada apa yang menghalang komitmen kami setakat ini ditambah pula dengan bantuan daripada Freak Music serta Aliansi Penendang Awan yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Selepas ini, makin banyak dan berpusu-pusu projek baru yang kami terima atas bantuan senior-senior kami .
Antaranya ,Minor Showcase #2 yang mempersembahkan Dead daripada Australia, Alice(indonesia) Tour 2011 dan beberapa request daripada United Front. Pelbagai lagi projek yang bakal kami selesaikan dan semoga komuniti ini akan terus kental dan meluas ke semua tempat.

Jumaat, 8 April 2011

"MONKEY IS US" - A Shock & Awe III & GSW EP Inauguration Ceremonkey!



Shock and Awe media sudi menganjurkan show di Tampin bersama band-band yang dahsyat. Kami daripada Minority Trace Community akan turut sama membantu dari segi crew dan beberapa persiapan di sini.
Blood On Wedding Dress, End ,Killeur Calculateur ,Pusher ,Sarjan Hassan , Carbon 14 ,The Garrison dan Gymnastic Whistling adalah nama-nama band yang bakal menghiburkan crowd pada 9April2011 yang jatuh pada hari Sabtu dan bakal berlaku di Seventh Heaven Studio pada pukul 2 pm hingga 9pm[jika segalanya berjalan lancar]. Tiket dijual dengan harga RM 12.


Selain itu, zine daripada Shock and Awe media juga dijual pada show tersebut. Jangan lepas kan peluang ini.
Mari ramai-ramai memeriahkan hall.
Semua dijemput hadir!! no racist no fasist and appreciate first!!

Rabu, 23 Mac 2011

new fliers!!!



Ini adalah fliers baru selepas fliers sebelum ini mengalami beberapa  perubahan pada bandlist nya. Awaken terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan manhakala Triangle yang menarik diri sebelum ini apabila vocalistnya tidak dapat menyertai showcase di sini kerana terpaksa ke luar negara atas sebab-sebab tertentu telah meminta untuk kembali menyertai slot pada showcase ini apabila tempat vocalist mereka dapat digantikan oleh seseorang vocalist daripada band Burnout. 

Selain itu,tiada perubahan lagi setakat ini. Maka, band yang  bakal membuat persembahan pada kali ini ialah AYS ,TRIANGLE ,THROW MA,CORPORATE YOUTH , GELORE NAFSU DAN REDBULLET

Isnin, 14 Mac 2011

AYS/TRIANGLE tour

Germany raging punk hardcore band AYS are touring Malaysia-Singapore alongside TRIANGLE before continued  Australia tour with THE HOLLOW and WARBRAINfrom Melbourne.
AYS/TRIANGLE – MY-SG
21st @ Seventh Heaven, Tampin. MY
22nd April @ 1 Cafe, Kuala Lumpur. MY (BRNWRCK Showcase)
23rd @ *Scape, Singapore
24th @ Embrace Hall, Johor. MY



Minor Showcase # 1


Setelah  kejayaan menganjurkan Saturday Night Fest 
maka kami  ditanggungjawabkan untuk untuk acara seterusnya yang akan kami acarakan bersama bantuan oleh bang Amar daripada Freak Music dan Jeneral Myhem daripada Aliansi Penendang Awan . Gig yang mempersembahkan AYS dari Germany yang mengadakan Tour di negara ini dan kawasan sekitarnya. Diiringi oleh Eight Point Nine ,Throw ma , Awaken , Gelore Nafsu , Corporate Youth dan Redbullet.


http://brnwrck.wordpress.com/
21 April 2011 , 8PM , RM8 
SEVENTH HEAVEN STUDIO,TAMPIN,NEGERI SEMBILAN.

Sabtu, 12 Mac 2011

Welldone kids!!

Pada 11 Mac 2011 , maka berlangsunglah event pertama kami yang dianjurkan oleh Minority Trace Community . Cubaan yang berjaya sebenarnya apabila kami tidak mengharapkan apa-apa keuntungan yang besar tetapi kami berjaya melakukankannya luar dari jangkaan. Dalam 30 orang menghadiri gig pertama komuniti ini tidak termasuk band-band dan orang-orang berkecuali .

Acara dimulakan oleh Foiré daripada Seremban kira-kira jam 8.45 pm kemudian diikuti oleh Redbullet ,Towards November,Throw ma dan acara ditutup oleh persembahan yang baik oleh Gelore Nafsu.Walaubagaimanapun, White Dress Murder terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk perform bersama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


 Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir pada malam Sabtu itu.  

Isnin, 28 Februari 2011

Saturday Night Jam Session Part 1.


Event pertama yang cuba kami anjurkan. Walaupun ini hanya sekadar jam session namun,band yang dijemput merupakan antaranya rakan-rakan seperjuangan yang lama tidak bersua.

band yang perform;
Foire',Towards November,WhiteDressMurder,Throw ma,
Gelore Nafsu dan berkemungkinan Red Bullet.

  Seventh Heaven Studio
tampin square,Tampin
11 Mac 2011
8pm
RM6

Pengenalan

Minority Trace Community [M.T.C] merupakan sebuah label komuniti anak-anak muda yang meminati Hardcore/Punk dan bergerak secara D.I.Y di Tampin. Mendalami etika, adab dan akhlak bagi menjaga pemikiran agar tidak rosak dengan pengaruh-pengaruh sesat yang menjerumus seseorang itu ke arah racist,facist,sexist,prejudice,degrade dan sebagainya selain mewujudkan semangat 'brotherhood' dan 'solidariti' yang kuat antara satu sama lain tidak kira taraf,darjat dan pangkat namun, masih saling hormat-menghormati dan tolong-menolong  bagi mengaktifkan kembali potensi scene d.i.y di Tampin.

Dari segi makna pecahan bagi setiap perkataan, 'MINORITY' bermakna golongan kecil dan 'TRACE' bermakna mengesan atau menjejak.
Jadi gabungan mengikut makna kamus adalah seperti Mengesan Golongan Kecil.. Itu juga menjadi tujuan utama nama Minority Trace Comunity dipilih..



Di Tampin , anak-anak muda sudah mula mengenali hardcore/punk bersama 'genre-genre' lagu yang mereka minati. Apabila Seventh Heaven Studio iaitu salah satu studio jamming di pekan kecil yang mula membangun ini menyediakan sebuah ''gig hall'' dan beberapa event hebat dan tour dari band seperti Nine Eleven[France],Carpathian[Australia],Circuit[Australia],Cyberene[Japan] dan Daighila[Malaysia] telah berjaya dilangsungkan di sini maka bertambah lah bilangan anak-anak Tampin mula berminat dan belajar tentang hardcore/punk dan sebagainya yang berkaitan. Oleh itu, komuniti ini adalah bagi mengumpulkan mereka semua dan mengajak mereka turut sama berkhidmat bersama warga kecil komuniti ini untuk turut sama membantu scene hc/punk di Tampin ini. 


Pelbagai usaha sudah mula dirancang bagi menggerakkan komuniti bukan saja dengan gig dan muzik semata-mata malah bercita-cita untuk membangunkan sebuah pusat d.i.y di sini bagi memudahkan urusan seperti sumbangan bulanan komuniti, design/printing studio, tempat perbincangan dan sebagainya.