Memaparkan catatan dengan label MTC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MTC. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Februari 2013

Sekitar Violence Wave.

Selesai sudah Violence Wave di Seventh Heaven Studio dengan jayanya. Pentas Seventh Heaven yang diisi dengan band2 menarik dan mantap seperti Throw ma, Annemary, Collusion, Hurricane, John McBaren, Awaken dan TheGreatLsDone berjaya menghiburkan para hadirin.

Memang terdapat beberapa kecelaan dan kesulitan namun, ia mampu dikawal dengan baik.



Sabtu, 16.2. Acara berjaya dimulakan dalam pukul 4pm, sedikit lewat dari masa yang telah ditetapkan. Throw ma yang sedang dalam proses merakam lagu mereka memulakan persembahan. Crowd yang pada awalnya dijangka tidak begitu ramai dinafikan oleh hadirin yang meningkatkan suhu studio pada petang itu. Selepas band tuan rumah, Throw ma, acara diteruskan dengan persembahan band daripada Seremban iaitu JohnMcBarren dan Annemary. Hurricane pula mengisi slot mereka di laman sendiri dengan persembahan yang sangat hebat, crowd semakin kuat menghentak kepala apabila Collusion mula menunjukkan belang mereka. Awaken yang menyatakan Violence Wave adalah show pertama mereka di tahun 2013, beraksi dengan rasa sangat berbesar hati dan seperti biasa, mereka berjaya menggerakkan crowd dengan circle pit dan sebagainya. The Great Lsdone yang baru-baru ini meriliskan single mereka bertajuk Timster menutup acara hari ini dengan persembahan yang sangat dinanti-nantikan. Walaupun ada sedikit gangguan, apabila amp gitar tiba-tiba terpadam dan berbunyi kembali berselang seli dalam 10 saat, persembahan tetap diteruskan hingga ke akhir.

Begitulah kisahnya Violence Wave di Seventh Heaven Studio.  




terima kasih atas sokongan anda semua.

Isnin, 11 Februari 2013

Violence Wave


Sebelum itu, kami ingin memohon maaf kerana tidak memaparkan event sebelum ini yang dengan jayakan kami acarakan serta review berkenaan aktiviti semasa tidak dapat kami beritakan dalam blog ini kerana alasan-alasan kebiasaan. 

Selepas The Last Saturday, Rage Vol. 2 serta beberapa acara sebelum itu, di bulan kedua 2013 ini, dengan rasa bangga, tekad serta azam yang yang tinggi, kami adakan untuk anda semua para peminat dan penyokong scene hardcore/punk dengan event kedua yang kami acarakan untuk tahun ini,

VIOLENCE WAVE.

Acara bakal berlangsung di laman kami iaitu Seventh Heaven Studio, Tampin, Negri9 pada 16 Februari 2013, pukul 3 petang. 

Mari kita beramai-ramai menghadirkan diri, memeriahkan suasana di hari sabtu anda yang membosankan kerana dengan hanya RM 10, kami menyajikan untuk anda persembahan band-band yang pastinya menggetarkan jiwa yang lesu. Hurricane, Awaken, The Great LsDone, Throw-ma, Collusion, Annemary dan John McBaren bakal menghiburkan kita semua yang berusaha untuk hadir di acara ini.

Jadi, termenung apa lagi? Fikir apa lagi?
Tekadkan usaha serta niat anda untuk hadir 16 Februari ini!!

facebook: http://www.facebook.com/pages/Minority-Trace-Community/202227989789564
http://www.facebook.com/events/594911017189645/

Selasa, 27 Mac 2012

Sekitar Rage vol 1

Berlangsung sudah gig berjudul Rage vol 1 anjuran Syuk MTC dan Seventh Heaven Studio. 3 band tidak dapat hadir saat akhir iaitu Vermillion, A Bullet Through My Head dan Alexander Mansury. Mujurlah slot tersebut dapat digantikan oleh Shield Of Wars, A Lot Like Turd dan Red Bullet dengan segera. Ternyata keadaan sebelum gig bermula masih lengang kerana masih ada band yang belum tiba. 

Shield Of Wars menjadi opening band mendahului Sputnik daripada Seremban dan seterusnya Alotliketurd. Crowd masih sedikit dalam sekitar 15 orang ketika itu dan masih belum kelihatan sebarang aktiviti moshpit melainkan Syuk yang gemar membuat stagedive. 66 Road memulakan persembahan hebat mereka dan ini pertama kali mereka ke Tampin. Ketika ini lah aktiviti 'headbanging' bermula dan Syuk memberi khabar mengejut nya pada aku iaitu sebuah request supaya Red Bullet ikut perform selepas slot 66 Road. 

Bila berada di atas stage kelihatan Crowd agak bertambah sedikit dan terlihat agak meriah. Tamat persembahan Red Bullet, band yang sepatutnya ialah satu-satunya band Tampin dalam set-list iaitu Throw-ma mengisi slot mereka. Ini merupakan slot ke-2 terakhir dan crowd dengan bilangan 20-25 orang semakin panas maka terjadi lah aktiviti lentung-lentung semasa crowd.

Last band untuk Rage vol 1 ialah Upon Arrival daripada Petaling Jaya. Aku terpaksa meninggalkan studio masa ini kerana adik aku mesti di hantar ke asrama sebelum pukul 7 senja. Maaflah Upon Arrival. Tetapi kawan-kawan menceritakan persembahan Upon Arrival sangat terbaik dan mereka teruja. Semoga mereka kembali ke Tampin suatu hari nanti. 

Walaupun gig kali ini corrupt bak kata Syuk organiser tapi okay-lah. Bukan senang nak cover 3 slot yang kosong last minute tu. Power !! 

Syukree yang bijak !

Sabtu, 17 Mac 2012

RAGE vol 1

25 April ini, jangan ketinggalan untuk menghadirkan diri di show seterusnya oleh kami. Kali ini bersama Seventh Heaven Studio dengan bangga nya mempersembahkan ..


Barisan band hebat yang bakal mengisi slot nanti ialah Upon Arrival, Vermillion, 66 Roads, The Sputnik, Savior, A Bullet Through Your Head, Alexander Mansury dan wakil kami, Throw Ma. Show yang jatuh pada hari Ahad ini berlangsung di Seventh Heaven Studio bermula pukul 3 petang.

Hari minggu nampak nya. Isi hari minggu anda bersama-sama kami di Tampin dan anda pasti berpuas hati dengan hari minggu anda kali ini.

Rage. vol 1
Seventh Heaven Studio
25April2012 Sunday
3-9 pm
RM 12 and feel the Rage !!

Rabu, 29 Jun 2011

This Is For The Heart Still Beating , The Reunion of Devilica , The Tour and The Story.


Pada tahun 2008 , Al Razly atau Ateng dan aku lebih gemar menulis nama beliau sebagai Jeneral Myhem telah mengumumkan bubarnya Devilica di dalam MySpace mereka. Kemudian pada tahun 2009 , mereka dijemput untuk mengadakan Last Show untuk gig Sakit Kepala fest di MCPA,Jln. Datuk Maharajalela,K.L. Ramai yang hadir memenuhi hall tersebut bagi melihat detik-detik terakhir mendengar getaran-getaran dan dentuman-dentuman dahsyat yang dikenali ramai. Lagu The Last Song menjadi 'the last song' untuk slot mereka pada hari itu .Selepas daripada itu, lagu-lagu mereka hanya dapat didengari melalui MP3 dan alat pemain muzik yang lain sahaja.

Pada tahun 2010 di Tampin, Seventh Heavent Studio telah membuka 'gig's hall' dengan peralatan yang sangat terbaik dan 1st gig telah dianjurkan oleh Freak Music . Maka berlalulah tahun tersebut dengan event-event yang membawa banyak band dalam dan luar negara seperti Australia , Jepun, Singapura dan Eropah. Melihat kehangatan itu maka hadirlah band-band baru di Tampin seperti Throw ma,Sermonize dan Red Bullet yang akhirnya menarik minat ramai teman-teman sepermainan mereka untuk melayan scene underground ini lalu mereka bersama-sama pergi memeriahkan hall di Seventh Heaven. Melihat keadaan itu maka terlahirlah komuniti bagi menampakkan keramaian anak-anak remaja Hardcore di Pekan Tampin ini. Sekitar akhir tahun 2010, barulah terlihat akan masih ramainya anak-anak remaja yang masih meminati aliran muzik Hardcore di Tampin yang disangka sudah pupus apabila bubarnya Devilica dan tutupnya Studio Giga setahun sebelum bukanya kembali studio jamming oleh Seventh Heaven Studio pada akhir tahun 2008.
Ia akhirnya menjadi perhatian , lalu seperti sudah diceritakan apabila Jeneral Myhem menyarankan kepada aku untuk menubuhkan komuniti. Begitulah akhirnya, kami terasa semakin rapat dengan abang-abang tersebut  seperti Abg. Malik,Abg. Razak dan tuan punya studio iaitu Abg. Madi melalui teguran membina mereka tidak kira daripada muzik,attitude atau selainnya.


A.L.I.C.E
Kini tahun 2011 dan sudah pun melepasi pertengahan tahun yang telah berlalunya hari-hari yang memberi impak ke atas kami semua. Merasa susah payah mengacarakan gig, menjadi crew ,membuat persiapan dan sebagainya selain menjadi supporter untuk kawan-kawan yang perform. Maka tibalah bulan Julai , sebuah band daripada Indonesia A.L.I.C.E yang bakal singgah di Seventh Heaven ,Tampin pada 16 Julai ini dalam rangka tour mereka di Malaysia. Sebelum ini, mereka telah pun berhasrat kepada Abg. Malik ,Jeneral Myhem dan lainnya agar membuat reunion untuk Devilica semasa mereka tour Julai ini di Tampin. Devilica yang juga merupakan sahabat kepada mereka sudi memenuhi hasrat besar band tersebut bagi membuat reunion pada 17 Julai ini untuk gig yang di anjurkan oleh Freak Music di Seventh Heaven Studio di Tampin,Negeri Sembilan.

Maka ini adalah show terakhir Devilica yang diadakan di halaman mereka sendiri dan kami yang digelar new generation merasa begitu berbangga sekali apabila bakal menyaksikan mereka nanti dengan lebih dekat dan lebih rapat apabila selama bertahun-tahun kami hanya dapat melihat persembahan mereka dengan hanya menonton video di Youtube dan sebagainya.  

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri :

This Is For The Heart Still Beating- Seventh Heaven Studio ,Tampin ,N.S | 16 JULY 2011|3PM 


Selain reunion oleh Devilica, apa yang istimewanya adalah apabila gig ini juga bersempena rangka tour ke Asia Tenggara oleh band Familyman daripada Jerman dan Atomgevitter daripada Scotland yang kebetulan bertembung dengan jadual tour A.L.I.C.E untuk show di Tampin. Ia juga merupakan debut show oleh band Hurricane. Siapakah Hurricane? Datanglah untuk mengetahuinya. Band yang akan turut memeriahkan gig ini adalah Maddthelin,Memorial,Shallow Dance dan sebuah lagi band tempatan iaitu Channeling Mahatma.






the tour|the reunion|the heartbeat




Selasa, 28 Jun 2011

Aktiviti!! (minor showcase)

Sebelum aku teruskan 'review' ni terlebih dahulu aku selaku penulis tunggal untuk blog ini , ingin menyusun jari memohon maaf kerana tidak banyak post yang memaparkan tentang aktiviti sebenar kami sejak penubuhan komuniti ini awal tahun lalu. 'Tiada masa' itulah alasan yang paling sesuai walaupun alasan sebegitu sudah pun 'klise'.

MINOR SHOWCASE #1 (AYS/TRIANGLE TOUR)

  Kali ini aku ingin memulakan cerita sejak ''1st project'' kami iaitu bagi mengelolakan jelajah Asia Tenggara oleh sebuah band hardcore daripada Jerman , AYS dan bersama-sama Triangle daripada Kuala Lumpur yang dibawa oleh seorang teman bernama 'Kenit' daripada BRNWRCK yang singgah ke Tampin . Event yang diberi nama Minor Showcase #1 telah berlangsung pada 21 April , sekitar jam 9PM walaupun jadual  sebenar adalah pada jam 8PM dan tidak lain itu terjadi adalah atas sebab kelewatan band2 yang datang dari luar Tampin lagi pula gig tersebut berlangsung pada hari Khamis malam. Upacara dimulakan oleh band tempatan yang juga merupakan golongan komuniti ini iaitu Throw Ma dan seperti biasa alunan bertenaga mereka sering membuat hall menjadi 'chaos'. Lalu dikuti oleh alunan yang sama oleh sebuah band daripada UNIKL Alor Gajah yang tanpa segan silu mengiktiraf mereka daripada Tampin iaitu Gelore Nafsu yang kini menukar nama mereka kepada Channeling Mahatma. Kemudian , Corporate Youth dari K.L yang juga berbilang bangsa bak kata anak-anak peribumi Tampin ,dan diikuti oleh EightPointNine dari Melaka sebelum sebuah lagi band tempatan RedBullet mendahului persembahan yang ditunggu-tunggu iaitu Triangle daripada K.L  dan  AYS daripada Jerman dan mereka sangat garang!!
  Pada masa itu, lebih kurang 5 anak-anak dalam komuniti menjadi krew untuk malam itu sedang pentas diacarakan oleh Abg. Amar Husaini Ismail dengan baiknya. Crowd juga tidak kurang hebat nya , circle pit dan slam yang penuh kasih sayang walaupun kadangkala ada yang bertindak agak ganas namun tiada perkara yang tidak dingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar.

MINOR SHOWCASE #2 (DEAD) 


Pada 5 May juga pada malam Khamis , kami masih diberi peluang untuk mengelola gig yang kali ini juga tour oleh sebuah band Stoner/Sludge daripada Australia iaitu DEAD . Tidak banyak aku boleh gambar kan di sini kerana aku tidak dapat hadir pada masa tersebut tetapi menurut khabar, ia tampak sempurna.

MINOR SHOWCASE #3 (A STRENGHT WITHIN)


Kali ini Minor Showcase jatuh pada hari Selasa malam pula dengan sebuah lagi tour oleh satu lagi band daripada EROPAH iaitu A STRENGHT WITHIN . Kali ini hanya 4 band sahaja menyertai pentas Seventh  Heaven Studio selepas Awaken terpaksa membatalkan slot atas sebab tertentu. Gig kali juga membawa Second Combat yang kali terakhir perform di Tampin pada sekitar tahun 2004.
Sejam sebelum bermula kami sempat mengadakan sedikit meeting ringkas bagi penyerahan tugas crew oleh Jeneral Myhem kepada anak-anak komuniti dan sedikit penerangan serta penjelasan.

Bermula kira-kira jam 9:15 malam ,pentas dimulakan oleh band tempatan iaitu Red Bullet .Diikuti Second Combat ,Memorial dan terakhir A Strenght Within. Crowd yang hadir 'boleh tahan' . Pentas diacarakan oleh Shok


Itu adalah ulasan dan kupasan aku tentang 3 siri Minor Showcase .

Isnin, 9 Mei 2011

Minor Showcase #3- A Strengh With In

fliers oleh Jeneral Myhem(Aliansi/Freak Music)
Minor Showcase kembali lagi bersama Freak Music dengan siri-nya yang ke-3 apabila United Front Record membawa A Strenght With In iaitu sebuah band hardcore dari Belgium ke Tampin dalam siri jelajah mereka ke Asia Tenggara.  Second Combat ,Awaken ,Memorial dan band tempatan iaitu Red Bullet bakal mendahului persembahan di Seventh Heaven Studio pada 24 May ini pukul 8 malam dengan bayaran hanya RM10.

Mari ceriakan Selasa malam anda dengan sorakan-sorakan sing-a-long!

Selasa, 26 April 2011

Organizing and supporting

Saturday Night Fest dan Minor Showcase# 1 telah berjaya kami anjurkan dengan jayanya. Begitu juga aktiviti tambahan kami membantu Shock and Awe 3 dari segi tenaga kerja bantuan telah menguatkan matlamat kami sebagai penganjur dan penyokong scene atau event-event di Tampin khususnya Seventh Heaven Studio yang merupakan tempat kami menyumbangkan tenaga. Secara kasarnya kami berjaya dengan pendirian kami untuk mengenepikan untung rugi bagi dana penganjuran bagi suatu aktiviti seperti gig untuk permulaan ini.

Walaupun rata-rata dari kami merupakan murid-murid sekolah namun, tiada apa yang menghalang komitmen kami setakat ini ditambah pula dengan bantuan daripada Freak Music serta Aliansi Penendang Awan yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Selepas ini, makin banyak dan berpusu-pusu projek baru yang kami terima atas bantuan senior-senior kami .
Antaranya ,Minor Showcase #2 yang mempersembahkan Dead daripada Australia, Alice(indonesia) Tour 2011 dan beberapa request daripada United Front. Pelbagai lagi projek yang bakal kami selesaikan dan semoga komuniti ini akan terus kental dan meluas ke semua tempat.

Isnin, 28 Februari 2011

Pengenalan

Minority Trace Community [M.T.C] merupakan sebuah label komuniti anak-anak muda yang meminati Hardcore/Punk dan bergerak secara D.I.Y di Tampin. Mendalami etika, adab dan akhlak bagi menjaga pemikiran agar tidak rosak dengan pengaruh-pengaruh sesat yang menjerumus seseorang itu ke arah racist,facist,sexist,prejudice,degrade dan sebagainya selain mewujudkan semangat 'brotherhood' dan 'solidariti' yang kuat antara satu sama lain tidak kira taraf,darjat dan pangkat namun, masih saling hormat-menghormati dan tolong-menolong  bagi mengaktifkan kembali potensi scene d.i.y di Tampin.

Dari segi makna pecahan bagi setiap perkataan, 'MINORITY' bermakna golongan kecil dan 'TRACE' bermakna mengesan atau menjejak.
Jadi gabungan mengikut makna kamus adalah seperti Mengesan Golongan Kecil.. Itu juga menjadi tujuan utama nama Minority Trace Comunity dipilih..



Di Tampin , anak-anak muda sudah mula mengenali hardcore/punk bersama 'genre-genre' lagu yang mereka minati. Apabila Seventh Heaven Studio iaitu salah satu studio jamming di pekan kecil yang mula membangun ini menyediakan sebuah ''gig hall'' dan beberapa event hebat dan tour dari band seperti Nine Eleven[France],Carpathian[Australia],Circuit[Australia],Cyberene[Japan] dan Daighila[Malaysia] telah berjaya dilangsungkan di sini maka bertambah lah bilangan anak-anak Tampin mula berminat dan belajar tentang hardcore/punk dan sebagainya yang berkaitan. Oleh itu, komuniti ini adalah bagi mengumpulkan mereka semua dan mengajak mereka turut sama berkhidmat bersama warga kecil komuniti ini untuk turut sama membantu scene hc/punk di Tampin ini. 


Pelbagai usaha sudah mula dirancang bagi menggerakkan komuniti bukan saja dengan gig dan muzik semata-mata malah bercita-cita untuk membangunkan sebuah pusat d.i.y di sini bagi memudahkan urusan seperti sumbangan bulanan komuniti, design/printing studio, tempat perbincangan dan sebagainya.