Selasa, 27 Mac 2012

Sekitar Rage vol 1

Berlangsung sudah gig berjudul Rage vol 1 anjuran Syuk MTC dan Seventh Heaven Studio. 3 band tidak dapat hadir saat akhir iaitu Vermillion, A Bullet Through My Head dan Alexander Mansury. Mujurlah slot tersebut dapat digantikan oleh Shield Of Wars, A Lot Like Turd dan Red Bullet dengan segera. Ternyata keadaan sebelum gig bermula masih lengang kerana masih ada band yang belum tiba. 

Shield Of Wars menjadi opening band mendahului Sputnik daripada Seremban dan seterusnya Alotliketurd. Crowd masih sedikit dalam sekitar 15 orang ketika itu dan masih belum kelihatan sebarang aktiviti moshpit melainkan Syuk yang gemar membuat stagedive. 66 Road memulakan persembahan hebat mereka dan ini pertama kali mereka ke Tampin. Ketika ini lah aktiviti 'headbanging' bermula dan Syuk memberi khabar mengejut nya pada aku iaitu sebuah request supaya Red Bullet ikut perform selepas slot 66 Road. 

Bila berada di atas stage kelihatan Crowd agak bertambah sedikit dan terlihat agak meriah. Tamat persembahan Red Bullet, band yang sepatutnya ialah satu-satunya band Tampin dalam set-list iaitu Throw-ma mengisi slot mereka. Ini merupakan slot ke-2 terakhir dan crowd dengan bilangan 20-25 orang semakin panas maka terjadi lah aktiviti lentung-lentung semasa crowd.

Last band untuk Rage vol 1 ialah Upon Arrival daripada Petaling Jaya. Aku terpaksa meninggalkan studio masa ini kerana adik aku mesti di hantar ke asrama sebelum pukul 7 senja. Maaflah Upon Arrival. Tetapi kawan-kawan menceritakan persembahan Upon Arrival sangat terbaik dan mereka teruja. Semoga mereka kembali ke Tampin suatu hari nanti. 

Walaupun gig kali ini corrupt bak kata Syuk organiser tapi okay-lah. Bukan senang nak cover 3 slot yang kosong last minute tu. Power !! 

Syukree yang bijak !

Sabtu, 17 Mac 2012

RAGE vol 1

25 April ini, jangan ketinggalan untuk menghadirkan diri di show seterusnya oleh kami. Kali ini bersama Seventh Heaven Studio dengan bangga nya mempersembahkan ..


Barisan band hebat yang bakal mengisi slot nanti ialah Upon Arrival, Vermillion, 66 Roads, The Sputnik, Savior, A Bullet Through Your Head, Alexander Mansury dan wakil kami, Throw Ma. Show yang jatuh pada hari Ahad ini berlangsung di Seventh Heaven Studio bermula pukul 3 petang.

Hari minggu nampak nya. Isi hari minggu anda bersama-sama kami di Tampin dan anda pasti berpuas hati dengan hari minggu anda kali ini.

Rage. vol 1
Seventh Heaven Studio
25April2012 Sunday
3-9 pm
RM 12 and feel the Rage !!

Khamis, 15 Mac 2012

The Dillinger Escape Plan Live In Kuala Lumpur 2012

Jika dilihat pada entri sebelum ini, iaitu berkenaan reunion oleh Devilica serta kedatangan Alice daripada Bandung,Indonesia ke Tampin yang berlangsung hampir setahun lalu. Hehe. Maaflah, lama tak post apa-apa review di dalam blog rasmi MTC ini atas alasan kebiasaan iaitu sibuk serta tak banyak masa untuk memerah idea memilih perkataan-perkataan terbaik hanya untuk pembaca yang dikasihi. Untuk pengetahuan anda, saat entri ini ditulis ialah seminggu sesudah berlalunya kedatangan Alice kembali ke Malaysia.

Adalah kedatangan Alice ke Malaysia dengan matlamat yang berbeza apabila Julai tahun lalu mereka melakukan rangka tour di negara ini bermula di Embrace Hall,Johor Bahru hingga ke Rain House, Ipoh selain bersama reunion Devilica di Seventh Heaven, Tampin. Tetapi kali ini kedatangan Alice bukan kerana tour semata-mata, mereka dijemput khas bagi menjadi band opening untuk The Dillinger Escape Plan daripada New Jersey,US yang juga merupakan antara influence besar mereka. Bersama mengiringi ialah ex-Devilica iaitu Hurricane dan juga Killeur Calculateur.

The Dillinger Escape Plan live in Kuala Lumpur di anjurkan oleh Micronesia, Schrank Inv., Freak Music dan Rockjazz Academy bersama-sama 6 supporting label termasuk Minority Trace Community. Show yang paling dinanti-nantikan ini diadakan di BlackBox, Solaris Dutamas, Jln. Duta. Setiap inci aturkan dengan begitu terperinci dan teliti. Mereka yang berkenaan  berkerja keras dalam perangkaan show ini, bermula daripada jualan tiket, backline, susunan stage, pra-sarana, soundman dan sebagainya disusun dengan begitu baik.

Show sepatutnya dimulakan pada pukul 7 pm namun seperti biasa ia tetap lewat dan dimulakan hampir 1 jam selepas itu. Ternyata ratusan orang daripada pelbagai generasi dan tempat datang memeriahkan show besar ini. Killeur Calculateur telah  merasmikan pentas dengan baik sekali bersama seragam hitam yang masih diingati hingga kini. Crowd masih belum chaos ketika itu mungkin belum panas dan masih terasa hawa dingin dari a/c di dalam Blackbox kerana bilangan crowd belum memadat dan menyendat. Di luar masih ada yang beratur panjang memasuki Blackbox. Hampir 30 minit persembahan slot pertama oleh Killeur Calculateur lalu Hurricane mengambil alih pentas.

Crowd semakin sendat. Yang kurus tersepit manakala yang besar mudah bertahan sedang Hurricane memulakan persembahan seperti biasa dengan set yang 'awesome'. Kelihatan crowd mula bergerak dan stage-dive bermula. Billy Dillinger si drummer TDEP menyaksikan Hurricane dengan penuh ketaksuban dan kekaguman sehingga beliau naik ke pentas bersalaman dengan Malik si drummer Hurricane. Ternyata persembahan mereka sangat mantap.


Tamat set yang dahsyat daripada Hurricane dan Alice mengambil alih pentas sejurus selepas itu. Menurut cerita daripada rakan-rakan yang hadir, ramai juga crowd daripada Indonesia turut memenuhi BlackBox ketika itu. Kelihatan masih ada crowd yang baru tiba walaupun sudah band ke-3 iaitu slot terakhir sebelum gegaran TDEP bermula. Alice turut memberikan persembahan yang sudah semesti nya tidak menghampakan untuk semua yang hadir. Crowd mula bertambah chaos dengan bodysurf yang bertalu-talu dengan ruangan BlackBox yang semakin padat. Band dari Bandung ini menyampaikan hampir semua lagu daripada album Konsorsium Humaniora juga sebuah cover song daripada Converge. Hampir 1 jam juga Alice mengisi slot mereka dengan baik sekali.



Tamat persembahan hebat oleh Alice untuk kunjungan ke-2 mereka ke Malaysia dan emcee mengumumkan band yang paling ditunggu-tunggu selama ini. Semenjak diumumkan akan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur awal tahun ini, respon yang diterima begitu di luar jangkaan. Tiket pre-sale habis terjual begitu juga jualan tiket melalui pintu habis terjual. Suasana BlackBox sudah tidak seperti show ini berlangsung di Kuala Lumpur tetapi seakan-akan  berada di negara Hellfest kerana keadaan crowd yang sangat padat dan chaos. Setelah beberapa bulan penganjur berkerja keras, bersengkang mata, menyusun atur dan sebagainya begitu juga peminat yang mengumpul duit, menanda kalendar dan menghitung hari keramat ini, maka 8 Mac 2012 The Dillinger Escape Plan yang tak perlu dijelas kan lagi pengaruh mereka terutama bagi scene mathcore/chaotic/hardcore, telah memijak pentas Black Box di ibukota Kuala Lumpur ini.

Persembahan TDEP adalah antara persembahan terbaik di dunia. Lampu di padam kan, terdengar bunyi seakan-akan countdown dan apabila hentakan lagu pertama iaitu Panasonic Youth bermula, lampu kembali menyala dan tiba-tiba Greg Puciato si vokalis berbadan sasa sudah berada di atas himpunan crowd melakukan stage-dive. Ben Weinmen si gitaris bermain gitar sambil berjalan di atas crowd dan begitu juga dengan seluruh line-up mereka yang lain membuat persembahan aggresif yang terkenal itu. Bagaikan pesta bodysurf di BlackBox ini apabila bertalu-talu crowd melakukan stage-dive dan suasana Black Box bertambah meriah dan chaos. Semua nya sing-a-long apabila TDEP memainkan lagu-lagu feveret seperti Black Buble Gum, Farewell Monalisa dan 43 Burnt. Persembahan agresif mereka tiada henti selama hampir 2 jam
sehingga lagu terakhir iaitu 43 Burnt, mereka membiarkan crowd naik memenuhi pentas.

Tamat sudah persembahan dahsyat TDEP di Kuala Lumpur. ''We want more !!''. Crowd bersorak dengan harapan TDEP memainkan sebuah lagu lagi. Namun, harapan mereka tidak dapat dipenuhi. Mereka tidak juga beranjak mengelilingi stage sedangkan semua line-up TDEP sudah meninggalkannya. Billy naik semula ke atas stage memberi penghormatan kepada crowd dengan melontar stick drum kepada crowd yang masih berharap agar TDEP bermain satu lagu lagi. Jeff pula naik semula ke atas stage dan memberi ucapan. Difahamkan katanya, Malaysia ialah destinasi tour TDEP yang di antara terbaik di dunia. Mereka tidak dapat memenuhi permintaan itu tetapi akan datang kembali ke Kuala Lumpur suatu masa nanti. ''you are fucking sick !!''.

Sampai hari ini cerita berkenaan show terdahsyat abad ini di Malaysia masih belum berkesudahan. Masih terasa lagi bahangnya dan yang hadir pasti merindui nya. Walaubagaimana pun hidup mesti diteruskan. Oleh itu, ini ialah review pertama tahun ini dan review akan terus di post setiap kali aku hadir ke event-2 terutamanya melibatkan MTC. Tahniah kepada Shuk yang berjaya menjadi salah seorang organiser di Seventh Heaven Studio mewakili MTC.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Seventh Heaven Studio, Tampin untuk memeriahkan event pertama dianjurkan oleh Syuk bersama-sama Minority Trace Comunity 25 Mac ini.

untuk maklumat lanjut > http://www.facebook.com/events/382674671761802/