Rabu, 29 Jun 2011
This Is For The Heart Still Beating , The Reunion of Devilica , The Tour and The Story.
Pada tahun 2008 , Al Razly atau Ateng dan aku lebih gemar menulis nama beliau sebagai Jeneral Myhem telah mengumumkan bubarnya Devilica di dalam MySpace mereka. Kemudian pada tahun 2009 , mereka dijemput untuk mengadakan Last Show untuk gig Sakit Kepala fest di MCPA,Jln. Datuk Maharajalela,K.L. Ramai yang hadir memenuhi hall tersebut bagi melihat detik-detik terakhir mendengar getaran-getaran dan dentuman-dentuman dahsyat yang dikenali ramai. Lagu The Last Song menjadi 'the last song' untuk slot mereka pada hari itu .Selepas daripada itu, lagu-lagu mereka hanya dapat didengari melalui MP3 dan alat pemain muzik yang lain sahaja.
Pada tahun 2010 di Tampin, Seventh Heavent Studio telah membuka 'gig's hall' dengan peralatan yang sangat terbaik dan 1st gig telah dianjurkan oleh Freak Music . Maka berlalulah tahun tersebut dengan event-event yang membawa banyak band dalam dan luar negara seperti Australia , Jepun, Singapura dan Eropah. Melihat kehangatan itu maka hadirlah band-band baru di Tampin seperti Throw ma,Sermonize dan Red Bullet yang akhirnya menarik minat ramai teman-teman sepermainan mereka untuk melayan scene underground ini lalu mereka bersama-sama pergi memeriahkan hall di Seventh Heaven. Melihat keadaan itu maka terlahirlah komuniti bagi menampakkan keramaian anak-anak remaja Hardcore di Pekan Tampin ini. Sekitar akhir tahun 2010, barulah terlihat akan masih ramainya anak-anak remaja yang masih meminati aliran muzik Hardcore di Tampin yang disangka sudah pupus apabila bubarnya Devilica dan tutupnya Studio Giga setahun sebelum bukanya kembali studio jamming oleh Seventh Heaven Studio pada akhir tahun 2008.
Ia akhirnya menjadi perhatian , lalu seperti sudah diceritakan apabila Jeneral Myhem menyarankan kepada aku untuk menubuhkan komuniti. Begitulah akhirnya, kami terasa semakin rapat dengan abang-abang tersebut seperti Abg. Malik,Abg. Razak dan tuan punya studio iaitu Abg. Madi melalui teguran membina mereka tidak kira daripada muzik,attitude atau selainnya.
A.L.I.C.E
Kini tahun 2011 dan sudah pun melepasi pertengahan tahun yang telah berlalunya hari-hari yang memberi impak ke atas kami semua. Merasa susah payah mengacarakan gig, menjadi crew ,membuat persiapan dan sebagainya selain menjadi supporter untuk kawan-kawan yang perform. Maka tibalah bulan Julai , sebuah band daripada Indonesia A.L.I.C.E yang bakal singgah di Seventh Heaven ,Tampin pada 16 Julai ini dalam rangka tour mereka di Malaysia. Sebelum ini, mereka telah pun berhasrat kepada Abg. Malik ,Jeneral Myhem dan lainnya agar membuat reunion untuk Devilica semasa mereka tour Julai ini di Tampin. Devilica yang juga merupakan sahabat kepada mereka sudi memenuhi hasrat besar band tersebut bagi membuat reunion pada 17 Julai ini untuk gig yang di anjurkan oleh Freak Music di Seventh Heaven Studio di Tampin,Negeri Sembilan.
Maka ini adalah show terakhir Devilica yang diadakan di halaman mereka sendiri dan kami yang digelar new generation merasa begitu berbangga sekali apabila bakal menyaksikan mereka nanti dengan lebih dekat dan lebih rapat apabila selama bertahun-tahun kami hanya dapat melihat persembahan mereka dengan hanya menonton video di Youtube dan sebagainya.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri :
This Is For The Heart Still Beating- Seventh Heaven Studio ,Tampin ,N.S | 16 JULY 2011|3PM
Selain reunion oleh Devilica, apa yang istimewanya adalah apabila gig ini juga bersempena rangka tour ke Asia Tenggara oleh band Familyman daripada Jerman dan Atomgevitter daripada Scotland yang kebetulan bertembung dengan jadual tour A.L.I.C.E untuk show di Tampin. Ia juga merupakan debut show oleh band Hurricane. Siapakah Hurricane? Datanglah untuk mengetahuinya. Band yang akan turut memeriahkan gig ini adalah Maddthelin,Memorial,Shallow Dance dan sebuah lagi band tempatan iaitu Channeling Mahatma.
the tour|the reunion|the heartbeat
A.L.I.C.E(Bandung/Indonesia) MALAYSIAN TOUR 2011
Julai ini , bermula 14 haribulan , bertempat di Embrace Hall/ JB , maka bermulalah siri tour yang amat dinanti-nantikan oleh kami semua apabila A.L.I.C.E daripada Bandung/Indonesia bakal menjelajah 5 venue seterusnya di Malaysia iaitu The Wall /Bt Pahat , Seventh Heaven Studio/Tampin , Equal Studio/Kajang dan seterusnya Kuala Lumpur selang 2 hari berikutnya sedang sejak 14 Julai , show dijadualkan dengan hari berturut-turut sehingga 17 Julai.
Namun, baru-baru ini terdapat pertukaran venue berlaku di Equal Studio/Kajang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka venue ditukar ke My EVO Club/Pandan Indah.
Present by: Aliansi Penendang Awan
Brought to you by:
Freak Music|Smile Party Kolektif|Embrace Record|Destroyer Event|Minority Trace Community|Stoneville Record
Selasa, 28 Jun 2011
Aktiviti!! (minor showcase)
Sebelum aku teruskan 'review' ni terlebih dahulu aku selaku penulis tunggal untuk blog ini , ingin menyusun jari memohon maaf kerana tidak banyak post yang memaparkan tentang aktiviti sebenar kami sejak penubuhan komuniti ini awal tahun lalu. 'Tiada masa' itulah alasan yang paling sesuai walaupun alasan sebegitu sudah pun 'klise'.
MINOR SHOWCASE #1 (AYS/TRIANGLE TOUR)
Kali ini aku ingin memulakan cerita sejak ''1st project'' kami iaitu bagi mengelolakan jelajah Asia Tenggara oleh sebuah band hardcore daripada Jerman , AYS dan bersama-sama Triangle daripada Kuala Lumpur yang dibawa oleh seorang teman bernama 'Kenit' daripada BRNWRCK yang singgah ke Tampin . Event yang diberi nama Minor Showcase #1 telah berlangsung pada 21 April , sekitar jam 9PM walaupun jadual sebenar adalah pada jam 8PM dan tidak lain itu terjadi adalah atas sebab kelewatan band2 yang datang dari luar Tampin lagi pula gig tersebut berlangsung pada hari Khamis malam. Upacara dimulakan oleh band tempatan yang juga merupakan golongan komuniti ini iaitu Throw Ma dan seperti biasa alunan bertenaga mereka sering membuat hall menjadi 'chaos'. Lalu dikuti oleh alunan yang sama oleh sebuah band daripada UNIKL Alor Gajah yang tanpa segan silu mengiktiraf mereka daripada Tampin iaitu Gelore Nafsu yang kini menukar nama mereka kepada Channeling Mahatma. Kemudian , Corporate Youth dari K.L yang juga berbilang bangsa bak kata anak-anak peribumi Tampin ,dan diikuti oleh EightPointNine dari Melaka sebelum sebuah lagi band tempatan RedBullet mendahului persembahan yang ditunggu-tunggu iaitu Triangle daripada K.L dan AYS daripada Jerman dan mereka sangat garang!!
Pada masa itu, lebih kurang 5 anak-anak dalam komuniti menjadi krew untuk malam itu sedang pentas diacarakan oleh Abg. Amar Husaini Ismail dengan baiknya. Crowd juga tidak kurang hebat nya , circle pit dan slam yang penuh kasih sayang walaupun kadangkala ada yang bertindak agak ganas namun tiada perkara yang tidak dingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar.
MINOR SHOWCASE #2 (DEAD)
Pada 5 May juga pada malam Khamis , kami masih diberi peluang untuk mengelola gig yang kali ini juga tour oleh sebuah band Stoner/Sludge daripada Australia iaitu DEAD . Tidak banyak aku boleh gambar kan di sini kerana aku tidak dapat hadir pada masa tersebut tetapi menurut khabar, ia tampak sempurna.
MINOR SHOWCASE #3 (A STRENGHT WITHIN)
Kali ini Minor Showcase jatuh pada hari Selasa malam pula dengan sebuah lagi tour oleh satu lagi band daripada EROPAH iaitu A STRENGHT WITHIN . Kali ini hanya 4 band sahaja menyertai pentas Seventh Heaven Studio selepas Awaken terpaksa membatalkan slot atas sebab tertentu. Gig kali juga membawa Second Combat yang kali terakhir perform di Tampin pada sekitar tahun 2004.
Sejam sebelum bermula kami sempat mengadakan sedikit meeting ringkas bagi penyerahan tugas crew oleh Jeneral Myhem kepada anak-anak komuniti dan sedikit penerangan serta penjelasan.
Bermula kira-kira jam 9:15 malam ,pentas dimulakan oleh band tempatan iaitu Red Bullet .Diikuti Second Combat ,Memorial dan terakhir A Strenght Within. Crowd yang hadir 'boleh tahan' . Pentas diacarakan oleh Shok
Itu adalah ulasan dan kupasan aku tentang 3 siri Minor Showcase .

Bermula kira-kira jam 9:15 malam ,pentas dimulakan oleh band tempatan iaitu Red Bullet .Diikuti Second Combat ,Memorial dan terakhir A Strenght Within. Crowd yang hadir '
Itu adalah ulasan dan kupasan aku tentang 3 siri Minor Showcase .
Langgan:
Catatan (Atom)