Selasa, 28 Jun 2011

Aktiviti!! (minor showcase)

Sebelum aku teruskan 'review' ni terlebih dahulu aku selaku penulis tunggal untuk blog ini , ingin menyusun jari memohon maaf kerana tidak banyak post yang memaparkan tentang aktiviti sebenar kami sejak penubuhan komuniti ini awal tahun lalu. 'Tiada masa' itulah alasan yang paling sesuai walaupun alasan sebegitu sudah pun 'klise'.

MINOR SHOWCASE #1 (AYS/TRIANGLE TOUR)

  Kali ini aku ingin memulakan cerita sejak ''1st project'' kami iaitu bagi mengelolakan jelajah Asia Tenggara oleh sebuah band hardcore daripada Jerman , AYS dan bersama-sama Triangle daripada Kuala Lumpur yang dibawa oleh seorang teman bernama 'Kenit' daripada BRNWRCK yang singgah ke Tampin . Event yang diberi nama Minor Showcase #1 telah berlangsung pada 21 April , sekitar jam 9PM walaupun jadual  sebenar adalah pada jam 8PM dan tidak lain itu terjadi adalah atas sebab kelewatan band2 yang datang dari luar Tampin lagi pula gig tersebut berlangsung pada hari Khamis malam. Upacara dimulakan oleh band tempatan yang juga merupakan golongan komuniti ini iaitu Throw Ma dan seperti biasa alunan bertenaga mereka sering membuat hall menjadi 'chaos'. Lalu dikuti oleh alunan yang sama oleh sebuah band daripada UNIKL Alor Gajah yang tanpa segan silu mengiktiraf mereka daripada Tampin iaitu Gelore Nafsu yang kini menukar nama mereka kepada Channeling Mahatma. Kemudian , Corporate Youth dari K.L yang juga berbilang bangsa bak kata anak-anak peribumi Tampin ,dan diikuti oleh EightPointNine dari Melaka sebelum sebuah lagi band tempatan RedBullet mendahului persembahan yang ditunggu-tunggu iaitu Triangle daripada K.L  dan  AYS daripada Jerman dan mereka sangat garang!!
  Pada masa itu, lebih kurang 5 anak-anak dalam komuniti menjadi krew untuk malam itu sedang pentas diacarakan oleh Abg. Amar Husaini Ismail dengan baiknya. Crowd juga tidak kurang hebat nya , circle pit dan slam yang penuh kasih sayang walaupun kadangkala ada yang bertindak agak ganas namun tiada perkara yang tidak dingini berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar.

MINOR SHOWCASE #2 (DEAD) 


Pada 5 May juga pada malam Khamis , kami masih diberi peluang untuk mengelola gig yang kali ini juga tour oleh sebuah band Stoner/Sludge daripada Australia iaitu DEAD . Tidak banyak aku boleh gambar kan di sini kerana aku tidak dapat hadir pada masa tersebut tetapi menurut khabar, ia tampak sempurna.

MINOR SHOWCASE #3 (A STRENGHT WITHIN)


Kali ini Minor Showcase jatuh pada hari Selasa malam pula dengan sebuah lagi tour oleh satu lagi band daripada EROPAH iaitu A STRENGHT WITHIN . Kali ini hanya 4 band sahaja menyertai pentas Seventh  Heaven Studio selepas Awaken terpaksa membatalkan slot atas sebab tertentu. Gig kali juga membawa Second Combat yang kali terakhir perform di Tampin pada sekitar tahun 2004.
Sejam sebelum bermula kami sempat mengadakan sedikit meeting ringkas bagi penyerahan tugas crew oleh Jeneral Myhem kepada anak-anak komuniti dan sedikit penerangan serta penjelasan.

Bermula kira-kira jam 9:15 malam ,pentas dimulakan oleh band tempatan iaitu Red Bullet .Diikuti Second Combat ,Memorial dan terakhir A Strenght Within. Crowd yang hadir 'boleh tahan' . Pentas diacarakan oleh Shok


Itu adalah ulasan dan kupasan aku tentang 3 siri Minor Showcase .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan