Rabu, 29 Jun 2011

This Is For The Heart Still Beating , The Reunion of Devilica , The Tour and The Story.


Pada tahun 2008 , Al Razly atau Ateng dan aku lebih gemar menulis nama beliau sebagai Jeneral Myhem telah mengumumkan bubarnya Devilica di dalam MySpace mereka. Kemudian pada tahun 2009 , mereka dijemput untuk mengadakan Last Show untuk gig Sakit Kepala fest di MCPA,Jln. Datuk Maharajalela,K.L. Ramai yang hadir memenuhi hall tersebut bagi melihat detik-detik terakhir mendengar getaran-getaran dan dentuman-dentuman dahsyat yang dikenali ramai. Lagu The Last Song menjadi 'the last song' untuk slot mereka pada hari itu .Selepas daripada itu, lagu-lagu mereka hanya dapat didengari melalui MP3 dan alat pemain muzik yang lain sahaja.

Pada tahun 2010 di Tampin, Seventh Heavent Studio telah membuka 'gig's hall' dengan peralatan yang sangat terbaik dan 1st gig telah dianjurkan oleh Freak Music . Maka berlalulah tahun tersebut dengan event-event yang membawa banyak band dalam dan luar negara seperti Australia , Jepun, Singapura dan Eropah. Melihat kehangatan itu maka hadirlah band-band baru di Tampin seperti Throw ma,Sermonize dan Red Bullet yang akhirnya menarik minat ramai teman-teman sepermainan mereka untuk melayan scene underground ini lalu mereka bersama-sama pergi memeriahkan hall di Seventh Heaven. Melihat keadaan itu maka terlahirlah komuniti bagi menampakkan keramaian anak-anak remaja Hardcore di Pekan Tampin ini. Sekitar akhir tahun 2010, barulah terlihat akan masih ramainya anak-anak remaja yang masih meminati aliran muzik Hardcore di Tampin yang disangka sudah pupus apabila bubarnya Devilica dan tutupnya Studio Giga setahun sebelum bukanya kembali studio jamming oleh Seventh Heaven Studio pada akhir tahun 2008.
Ia akhirnya menjadi perhatian , lalu seperti sudah diceritakan apabila Jeneral Myhem menyarankan kepada aku untuk menubuhkan komuniti. Begitulah akhirnya, kami terasa semakin rapat dengan abang-abang tersebut  seperti Abg. Malik,Abg. Razak dan tuan punya studio iaitu Abg. Madi melalui teguran membina mereka tidak kira daripada muzik,attitude atau selainnya.


A.L.I.C.E
Kini tahun 2011 dan sudah pun melepasi pertengahan tahun yang telah berlalunya hari-hari yang memberi impak ke atas kami semua. Merasa susah payah mengacarakan gig, menjadi crew ,membuat persiapan dan sebagainya selain menjadi supporter untuk kawan-kawan yang perform. Maka tibalah bulan Julai , sebuah band daripada Indonesia A.L.I.C.E yang bakal singgah di Seventh Heaven ,Tampin pada 16 Julai ini dalam rangka tour mereka di Malaysia. Sebelum ini, mereka telah pun berhasrat kepada Abg. Malik ,Jeneral Myhem dan lainnya agar membuat reunion untuk Devilica semasa mereka tour Julai ini di Tampin. Devilica yang juga merupakan sahabat kepada mereka sudi memenuhi hasrat besar band tersebut bagi membuat reunion pada 17 Julai ini untuk gig yang di anjurkan oleh Freak Music di Seventh Heaven Studio di Tampin,Negeri Sembilan.

Maka ini adalah show terakhir Devilica yang diadakan di halaman mereka sendiri dan kami yang digelar new generation merasa begitu berbangga sekali apabila bakal menyaksikan mereka nanti dengan lebih dekat dan lebih rapat apabila selama bertahun-tahun kami hanya dapat melihat persembahan mereka dengan hanya menonton video di Youtube dan sebagainya.  

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri :

This Is For The Heart Still Beating- Seventh Heaven Studio ,Tampin ,N.S | 16 JULY 2011|3PM 


Selain reunion oleh Devilica, apa yang istimewanya adalah apabila gig ini juga bersempena rangka tour ke Asia Tenggara oleh band Familyman daripada Jerman dan Atomgevitter daripada Scotland yang kebetulan bertembung dengan jadual tour A.L.I.C.E untuk show di Tampin. Ia juga merupakan debut show oleh band Hurricane. Siapakah Hurricane? Datanglah untuk mengetahuinya. Band yang akan turut memeriahkan gig ini adalah Maddthelin,Memorial,Shallow Dance dan sebuah lagi band tempatan iaitu Channeling Mahatma.






the tour|the reunion|the heartbeat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan