
Adalah kedatangan Alice ke Malaysia dengan matlamat yang berbeza apabila Julai tahun lalu mereka melakukan rangka tour di negara ini bermula di Embrace Hall,Johor Bahru hingga ke Rain House, Ipoh selain bersama reunion Devilica di Seventh Heaven, Tampin. Tetapi kali ini kedatangan Alice bukan kerana tour semata-mata, mereka dijemput khas bagi menjadi band opening untuk The Dillinger Escape Plan daripada New Jersey,US yang juga merupakan antara influence besar mereka. Bersama mengiringi ialah ex-Devilica iaitu Hurricane dan juga Killeur Calculateur.
The Dillinger Escape Plan live in Kuala Lumpur di anjurkan oleh Micronesia, Schrank Inv., Freak Music dan Rockjazz Academy bersama-sama 6 supporting label termasuk Minority Trace Community. Show yang paling dinanti-nantikan ini diadakan di BlackBox, Solaris Dutamas, Jln. Duta. Setiap inci aturkan dengan begitu terperinci dan teliti. Mereka yang berkenaan berkerja keras dalam perangkaan show ini, bermula daripada jualan tiket, backline, susunan stage, pra-sarana, soundman dan sebagainya disusun dengan begitu baik.
Show sepatutnya dimulakan pada pukul 7 pm namun seperti biasa ia tetap lewat dan dimulakan hampir 1 jam selepas itu. Ternyata ratusan orang daripada pelbagai generasi dan tempat datang memeriahkan show besar ini. Killeur Calculateur telah merasmikan pentas dengan baik sekali bersama seragam hitam yang masih diingati hingga kini. Crowd masih belum chaos ketika itu mungkin belum panas dan masih terasa hawa dingin dari a/c di dalam Blackbox kerana bilangan crowd belum memadat dan menyendat. Di luar masih ada yang beratur panjang memasuki Blackbox. Hampir 30 minit persembahan slot pertama oleh Killeur Calculateur lalu Hurricane mengambil alih pentas.


Tamat persembahan hebat oleh Alice untuk kunjungan ke-2 mereka ke Malaysia dan emcee mengumumkan band yang paling ditunggu-tunggu selama ini. Semenjak diumumkan akan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur awal tahun ini, respon yang diterima begitu di luar jangkaan. Tiket pre-sale habis terjual begitu juga jualan tiket melalui pintu habis terjual. Suasana BlackBox sudah tidak seperti show ini berlangsung di Kuala Lumpur tetapi seakan-akan berada di negara Hellfest kerana keadaan crowd yang sangat padat dan chaos. Setelah beberapa bulan penganjur berkerja keras, bersengkang mata, menyusun atur dan sebagainya begitu juga peminat yang mengumpul duit, menanda kalendar dan menghitung hari keramat ini, maka 8 Mac 2012 The Dillinger Escape Plan yang tak perlu dijelas kan lagi pengaruh mereka terutama bagi scene mathcore/chaotic/hardcore, telah memijak pentas Black Box di ibukota Kuala Lumpur ini.
Persembahan TDEP adalah antara persembahan terbaik di dunia. Lampu di padam kan, terdengar bunyi seakan-akan countdown dan apabila hentakan lagu pertama iaitu Panasonic Youth bermula, lampu kembali menyala dan tiba-tiba Greg Puciato si vokalis berbadan sasa sudah berada di atas himpunan crowd melakukan stage-dive. Ben Weinmen si gitaris bermain gitar sambil berjalan di atas crowd dan begitu juga dengan seluruh line-up mereka yang lain membuat persembahan aggresif yang terkenal itu. Bagaikan pesta bodysurf di BlackBox ini apabila bertalu-talu crowd melakukan stage-dive dan suasana Black Box bertambah meriah dan chaos. Semua nya sing-a-long apabila TDEP memainkan lagu-lagu feveret seperti Black Buble Gum, Farewell Monalisa dan 43 Burnt. Persembahan agresif mereka tiada henti selama hampir 2 jam
sehingga lagu terakhir iaitu 43 Burnt, mereka membiarkan crowd naik memenuhi pentas.
Tamat sudah persembahan dahsyat TDEP di Kuala Lumpur. ''We want more !!''. Crowd bersorak dengan harapan TDEP memainkan sebuah lagu lagi. Namun, harapan mereka tidak dapat dipenuhi. Mereka tidak juga beranjak mengelilingi stage sedangkan semua line-up TDEP sudah meninggalkannya. Billy naik semula ke atas stage memberi penghormatan kepada crowd dengan melontar stick drum kepada crowd yang masih berharap agar TDEP bermain satu lagu lagi. Jeff pula naik semula ke atas stage dan memberi ucapan. Difahamkan katanya, Malaysia ialah destinasi tour TDEP yang di antara terbaik di dunia. Mereka tidak dapat memenuhi permintaan itu tetapi akan datang kembali ke Kuala Lumpur suatu masa nanti. ''you are fucking sick !!''.

Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Seventh Heaven Studio, Tampin untuk memeriahkan event pertama dianjurkan oleh Syuk bersama-sama Minority Trace Comunity 25 Mac ini.
untuk maklumat lanjut > http://www.facebook.com/events/382674671761802/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan